Salam.... ada lagi ke pembaca lam ni?? lau ada sila lah sahut lam kotak komen ni!!!!
Terkejut Lang tadi try bukak ..blog ni kena remove sementara oleh blogger.com
mau nak nanges..mana x nya....naskah secubit kehidupan Lang & kenalan Lang terkandung dalam blog ini!!!
Sorry ...selama ni xde kesempatan nk update ngan crita-crita baru kerana rutin harian Lang agak padat disamping kekeringan idea nak update apa sebab rutin mingguan terlalu byk persamaannya!! baikla...lepas ni lau ada story pasti update.. harap pengunjung turunkan signature korang lam kotak mesej serta cadangan untuk Lang menulis....please!!!!
alkisahnya ...kesibukan kerja 2009 merebak ke awal 2010...Lang kembali terpaksa kerja dari pagi ke malam selama 2 minggu berturut-turut tanpa cuti....
satu ketika di hari sabtu yg cerah, kereta Lang menghadapi kemalangan dengan sebuah motosikal yang dinaiki 2 remaja yg tergesa-gesa untuk ke tempat kerja....parah jua mereka berdua.
kedua-dua remaja itu terpelanting daripada motosikal mereka...nasib baik Lang membawa kereta dengan perlahan kalau tidak...hmm mau mereka dilanggar oleh kereta Lang!!
tindakan pantas Lang menyebabkan Pak Guard yang pernah memandang sinis terhadap Lang bertukar tanggapan. beliau memuji kecekapan Lang malah tindakan Lang hendak mendukung kedua-dua mereka mengejutkan Pak Guard itu!! Malangnya kudrat Lang x mampu mengangkat jejaka seberat 75-80 kg itu ketika itu!!
Mereka berdua ditahan wad dan Lang sempat berkenalan dengan ahli keluarga mereka.Mujur ahli keluarga mereka bersikap cool dan redha serta tidak bertindak di luar batasan.
Kemalangan itu memberi pengalaman pahit dan manis kepada Lang...tidak sangka dapat berkenalan dengan orang yang baik-baik meskipun kemalangan itu masih dalam siasatan polis.
Lang pun baru je balik dari bengkel ....terbang dah beberapa ratus RM meskipun hanya kemek sikit, bergarit, dan side mirror patah!!
Kisah kemalangan ke tempat kerja ni nmpk nya langsung tidak ambil perhatian oleh supervisor Lang...amatlah mengecewakan sekali apabila seorang orang atasan Lang bercerita kisah Lang kemalangan dia lebih lagi memikirkan kerja yang perlu dibuat oleh Lang!!!!
Terbaru beliau mengusulkan staf-staf baru & muda perlu dikerah lebih demi kepentingan kompeni!!! Beliau meletakkan semua orang sama sepertinya yang kalau dilihat bagai tiada kehidupan lain selain kerja, kerja & kerja!!!
Budaya kerja seperti ini semestinya tidak sesuai bagi generasi yang mementingkan kualiti kehidupan yang seimbang dengan kerjaya ..bukan kerjaya mengatasi kehidupan seperti SV Lang itu!!
Untuk tahun 2010 ini dijangkakan merupakan tahun paling sibuk bagi semua staf apatah lagi kompeni ini mahu menggunakan sehabis-habisnya tenaga kerja yg ada tetapi enggan merekrut tenaga kerja baru yang amat-amat diperlukan sebenarnya!
lama x update blog ni...sorry sesangat sebab sepanjang ujung tahun 2009 Lang tersangatlah sibuk dengan pelbagai aktiviti..selain itu Lang menghadapi masalah kelembapan servis internet sehingga menghilangkan mood untuk berblog!! * Kini Lang dah beralih kepada internet berwayar...lebih stabil...lebih hebat!!* Alkisahnya....Lang sempat ke utara beberapa kali sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2009 selain ke selatan tanah air....banyak betul travel kali ni!! hehe
sempatlah ber-Gathering bersama Mistu, Grey dan Shriz yang merupakan rakan setia setiap acara buah fikiran Lang...siapa sangka pada asalnya hendak berkumpul di KL tiba-tiba leh buat di utara!!!?? hehehe...syukur tiba-tiba dapat rezeki yang lebih masa tu!! selain itu dapat berkenalan dengan rakan barudi utara yang sangatlah baik meskipun ada baru berkahwin dan sibuk dengan tugas menjaga keamanan!! Syukurrr!!
Pada 2009, ligat betul Lang setelah berkenderaan 4 roda kepunyaan sendiri...hmmm berjaya gak capai azam 2009 tu!! Alhamdulillah!!
Setelah berpindah ke teratak baru ..Lang menghadapi suasana baru...dari kawasan bersuasana kampung kini duduk di kawasan perumahan tersusun. Ternyata duduk di taman ini lebih senyap dan sepi berbanding suasana lama...memang rindu juga dengan suasana tempat lama yang teramat dekat dengan pusat bandar. Jarak yang jauh ini juga mengurangkan peluang untuk bertemu kawan-kawan lama termasuk Toolar.
Tahun 2009 ..hidup solo amat menguji.... terima kasih kepada sahabat yang sudi mendengar keluh kesah bagaikan Kak Esah .. sedih jua namun ketabahan diri mengatasi segalanya..
Lang jua dapat melakukan beberapa aktiviti luar jangka yang mencabar. Kembara serta perjalanan yang mencabar memberi suatu pengalaman yang cukup berharga.
Tahun 2009 yang diselimuti sejarah suka dan duka tetap kekal diingatan..kepada rakan-rakan Lang yang menghilang dan muncul bak bayang diharap akan dapat dipertemukan kembali di dekad yang baru muncul ini...Salam 2010!!
~Alang Blalang~
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
diriku umpama belalang yg terselindung di sebalik lalang...tiada yg perasan..tiada yg memandang...kehadiranku hanya sebagai pemerhati klik untuk profil